Saturday, February 03, 2007

Website Baru KampusNegara.net; Dari Hujung Kaki ke Hujung Kepala




Klik gambar di atas untuk terus ke link>>

Tuesday, January 30, 2007

GMM mahu bikin panas lagi di UPM

SMM kian kecundang. Kurang suntikan tongkat ali, mungkin.

Tarmizi dan labu-labunya (kampusnegara) terus tenggelam, biarkan.

Kini, GMM kembali lagi. Merencahkan situasi yang lain dari yang lain, iaitu dengan 'merogol' pertubuhan PBTUPM, yang dahulunya pertubuhan ini dianggap clean and harmony, kini telah dicanang pula sebagai 'pertubuhan Simon Ooi'.












Sibuk-sibuk Simon and the Gang mempromosi dan mendesak mahasiswa menyokong pendaftaran PBTUPM, mereka terlupa yang mereka ini sedang diancam oleh kebencian mahasiswa cina terhadap perjuangan kotor mereka. Yalah, mereka dengan sengaja memperalatkan PBTUPM hanya semata-mata inginkan pengaruh lebih ramai ahli dalam GMM.

Mahasiswa cina yang mencintakan pertubuhan PBTUPM yang asli, MKJ menasihatkan agar lawatilah laman pbt-upm.blogspot.com ini. Laman ini merupakan kesinabungan bekas mahasiswa cina UPM yang amat benci dan menolak GMM dalam pertubuhan PBTUPM ini.

Friday, January 26, 2007

Apa khabar Tarmizi?

Sudah lama kiranya kita tidak mendengar kisah dan seloka Tarmizi.

Dengar khabar, akan ada konco Tarmizi bertandang ke ceramah PAS di Batu Talam nanti?

Friday, January 05, 2007

Tarmizi dan ke'stupid'an eranya.

Isu kemahasiswaan kini kembali. Semester baru bermula kini, dan kembalinya ‘pahlawan’ yang telah dipilih dari kalangan mahasiswa untuk berbakti kepada mahasiswa.

Pemimpin silih berganti, kejayaan demi kejayaan pemimpin terdahulu bukan dikenang dari namanya, bukan diraih popularitinya kerana kerjanya, tetapi kerana selesainya tugas yang diamanahkan kepadanya.

TARMIZI ditangkap kerana merusuh dan menghalang proses merobohkan setinggan di Kampung Berembang. MKJ hairan mengapa perlunya TARMIZI menempa nama dengan kaedah yang paaaaling pantas, paaaaling tidak matan, dan paaaaling stupid.

Hanya dengan ditangkap, MKJ merumuskan TARMIZI ini hanyalah;
-Telah berjaya menaikkan namanya;
-Telah berjaya meninggalkan ‘tanggungjawab’nya sebagai Presiden GAMIS (buat sementara, mungkin buat selamanya).

Mungkinkah kebodohan TARMIZI ini telah dipengaruhi atau tempias dari kebodohan rakan mereka seperti GMM?

MKJ memetik karya Samlin Jusoh dalam Idealis Mahasiswa;

“Berbondong-bondong jugalah pemimpin PMI dari pelbagai IPTA hadir dalam perhimpunan itu. PMI datang menyembah bos mereka. Biasalah bapa borek anak rintik. Mengapa begitu terdesak pemuda PAS? Adakah mereka tahu kekalahan teruk yang bakal mereka hadapi dalam pilihan raya akan datang? PMI yang kalah di kampus nampaknya mahu bersama pula dalam pilihan raya umum. Tak payahlah, kalau pilihan raya kampuspun kalah ini kan pilihan raya umum.....”

”.....Pada penulis PMI dan PAS sudah mati sebelum berjuang. Keputusan pilihan raya kampus 2006/2007 pada 21 September 2006 cukup menyenangkan. Satu kecermerlangan yang perlu diiktiraf. Keputusan PRK pada sidang ini menunjukkan mahasiswa pro-Aspirasi telah menguasai 17 IPTA kecuali Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). (tak apa UIAM memang kita tahu kalah sebab TNC HEP UIAM memang pro jembalang PAS)...”

”.....Begitu terdesak PMI di kampus. Oleh kerana lemah dan tidak kreatif PMI menumpang isu yang digerakkan oleh gerakan cauvinis mahasiswa cina seperti GMM dan SMM Isu insiden di UPM pada bulan Julai mengenai pencerobohan pertubuhan haram oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Mahasiswa Maju (GMMUPM) telah berjaya ditangani dengan cepat. Isu yang ditonjolkan tidak berkesan malah menjerat diri sendiri. PMI terjerat sekali. Paling mudah PMI sangat lemah, terpaksa tumpang sekaki. Lebih malang daripada itu PMI tumpang semua isu seperti AUKU, e-Undi, peraturan pilihan raya dan lain-lain lagi......”

Thursday, December 07, 2006

MKJ bersimpati

Sedikit demi sedikit gagasan Tarmizi semakin lemah. MKJ amat dukacita dengan penahanan Tarmizi oleh pihak polis kerana menegak hal yang makruf.

MKJ punya hati dan perasaan. Biarlah hati manusia yang menilainya sendiri.

Moga-moga saudara Tarmizi boleh lekas keluar dari tahanan polis, kerana khidmat beliau amat diperlukan oleh masyarakat Islam.

Tidak ada ertinya selama sepenggal memegang jawatan Presiden GAMIS, tetapi menghabiskan masa di dalam tahanan. Jasa nanti tak tumpah ke sasaran yang memerlukan.

Sunday, November 12, 2006

Mahasiswa Malaysia, selamat bercuti...

Setelah berhempas pulas dalam menghadapi final exam, mahasiswa kini akan menghadapi satu musim percutian yang panjang. Ada yang 2 bulan, dan ada yang 3 bulan.

MKJ juga sudah lama tidak mencoret sesuatu dalam blog ini. MKJ letih juga menelaah buku untuk menghadapi jeda-jeda perperiksaan akhir.

Ada juga yang tidak pernah bercuti. Mungkin kerana giat bekerja untuk mencari wang saku tambahan. Ada juga yang berpraktikal. Dan ada juga yang aktif berpolitik. Minggu hadapan, adalah minggu di mana berlakunya persidangan UMNO. Pastinya, mahasiswa dari kalangan aspirasi dan pembangkang akan tertarik untuk tidak ketinggalan menyelusuri isu semasa yang berkait rapat dengan modal insan, memperkasa bangsa Melayu, dan sebagainya.

MKJ tertanya-tanya, adakah di kalangan mahasiswa yang ingin ke PWTC kerana mahu melawat ruang pameran RMK9?

MKJ ikut juga perkembangan Saudara Tarmizi dan Wartawan Muda KN - Ida, yang sehingga kini masih belum menjawab desakan dari JAMIS UPM. Mereka nampaknya konar tempat lain. Tukar isu terkini - isu murtad. Mereka enggan menyatakan maaf mereka secara terbuka atas kesilapan dan fitnah mereka terhadap JAMIS UPM.

Mahasiswa semua? Masih relevenkah GAMIS yang dipimpin oleh Saudara Tarmizi dan Kampus Negara?

Thursday, October 19, 2006

Bagaimana Ida, Tarmizi. Anda mahu mohon maaf?



Kesal saya rasakan, jika pemimpin seperti Tarmizi telah memberi komen yang tidak wajar dalam artikel Ida wartawan muda KN.

Shukri Salleh dalam artikelnnya di IM bertajuk; GAMIS; beware you're been watching - JAMIS.

Kesilapan di sini adalah pihak IM telah menukarkan tajuk Shukri Salleh. Tajuk asalnya adalah Aduhai JAMIS; GAMIS lenguh longlai kerananya.

Dan juga, Shukri Salleh mengaku tiada kaitan dengan JAMIS, dan telah memohon maaf dari pihak JAMIS melalui email.

Tarmizi, bagaimana? Tak kan baling batu sembunyi tangan, dok diam je.



MKJ; Justeru, bukalah minda, bukalah hati, kenali diri.

    <<Kembali ke Halaman JAMIS UPM